Khabar Sumareh Ke Kelab Luar Negara Semakin Hangat

Cerita mengenai Sumareh sudah pun mula mendapat perhatian dari negara jiran, apabila beberapa khabar angin di media s0sial Thailand mula memainkan kisah Sumareh bakal berkelana dalam saingan Thai League 1.

Ketika kontrak Sumareh bersama pasukan Pahang FA dikatakan sudah terbatal selepas klausa 8.7 menjadi aktif, perpindahan domestik tidak mungkin berlaku kerana jendela sudah tertutup, dan tidak mungkin pemain seperti beliau mahu duduk saja sehingga musim depan.

Berdasarkan kemaskini dari Thai League, saingan liga mereka akan bersambung pada bulan ini dan apa yang lebih menarik adalah jendela perpindahan masih terbuka sehingga 7 September 2020.

Ini bermakna sekiranya Sumareh mahu beraksi secara kompetitif – (baca: sudah tidak mahu beraksi dengan Pahang dan jendela perpindahan Liga Malaysia tertutup), Thailand dilihat sebagai destinasi paling berpotensi untuk beliau.

Sebuah media s0sial dari Thailand yang dikenali sebagai BuakSib Ball Thai mendedahkan satu khabar dimana Police Tero FC dikatakan mahu membawa masuk Sumareh sebelum jendela perpindahan liga itu ditutup kira-kira 1 minggu lagi.

Perkara ini juga nampaknya sudah dinyatakan oleh page rasmi Police Tero dimana kemaskini sekitar 4 hari yang lalu walau ianya berkias;

Pemain baru? Pemain baru pasukan pernah menjaringkan gol ketika bertemu Thailand.

Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, Sumareh bakal menyertai rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Malaysia Dominic Tan yang sudah beraksi bersama Police Tero FC selama 2 musim.

Kemaskini: Bekas staf Thailand FA telah memberikan pengesahan bahawa Sumareh sah menyertai kelab Police Tero FC melalui akaun Twitter sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *