Kami kalah bermaruah 90 peratus pemain tempatan

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman menyifatkan pasukannya kalah bermaruah walaupun kecvndang 3-2 di tangan UiTM FC dan tersingkir dari Piala Malaysia, malam tadi.

Hanya menurunkan seorang pemain import selain dibarisi majoriti pemain muda, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamburger tetap berpuas hati dengan persembahan anak buah Yusri Che Lah.

Malah, dia beranggapan persembahan pemain muda tempatan pada perlawanan itu memberi bayangan bahawa The Red Warri0rs (TRW) boleh mencipta kemenangan walaupun tanpa pemain import.

Kalah 3-2 men3ntang pasukan Liga Super, UiTM FC. Walaupun pasukan Kelantan FC bermain dengan seorang pemain import sahaja, (yang) lain semua ubi (pemain) muda.

Banyak percubaan dibuat termasuk dua kali terkena palang dan dua kali tiang. Terima kasih semua pasukan jurulatih, pemainku sekalian, saya puas hati malam ini.

Kalah tapi bermaruah. Jika beginilah main (persembahan), saya rasa tanpa pemain import pun pasukan Kelantan FC boleh menang sebenarnya, katanya di Facebook miliknya.

Sementara itu, Yusri menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan pasukan yang diketuai Norizam untuk merencana perancangan terbaik bagi TRW musim depan.

Apa saja keputusan dari beliau (Norizam) saya kena terima kerana beliau adalah pemilik pasukan dan beliau sudah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan pasukan dalam tempoh dua, tiga bulan ini.

Terima kasih kepada beliau kerana memberikan semangat kepada kami dan hari ini, kerana semangat beliau juga kami melakukan yang terbaik sebenarnya dalam sepanjang musim ini.

Saya rasa ini perlawanan yang terbaik kerana kami hampir 90 peratus pemain Kelantan (tempatan) dalam padang, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *