JDT pun kena tapi kita tak bagitahu

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan tiada unsur pilih kasih atau ‘double standard’ kepada mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk mereka terlepas sekiranya melakukan kesalahan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata badan pengendali liga itu tetap mengirimkan ‘surat cinta’ kepada mana-mana pasukan yang didapati melakukan apa-apa kesalahan yang termaktub dalam manual undang undang Liga M.

Malah, Ghani turut mendedahkan Johor Darul Ta’zim (JDT) juga pernah dikenakan denda atas kesalahan yang pernah dilakukan pasukan itu sebelum ini.

Tiada ‘double standard’ kerana mungkin sebab itu pandangan masing-masing. Sekiranya pasukan melakukan kesalahan, MFL akan menghantar surat tunjuk sebab tetapi kita tidak bolehlah siarkan di mana-mana platform.

Perkara ini berlaku walaupun JDT membuat kesalahan, kita menghantar (surat tunjuk sebab) dan menunggu jawapan. JDT pun pernah didenda juga tetapi kita tak cakap, katanya menerusi satu temuramah bersama sebuah televisyen swasta, semalam.

Sebagai rekod, MFL sebelum ini mengeluarkan kenyataan di mana pihaknya kec3wa dengan tindakan penyokong yang berhimpun di pekarangan Stadium Majlis Bandaraya Petaling (MBPJ) membabitkan aksi antara Selangor FC dan KL City FC.

Namun, tindakan mereka yang dilihat hanya berdiam diri selepas tular gambar penyokong hadir di Stadium Sultan Ibrahim menyebabkan segelintir penyokong mendakwa badan pengendali liga itu mengamalkan ‘double standard’.

Dalam masa sama, Ghani turut menjelaskan tidak semua perkara boleh disebarkan menerusi kenyataan rasmi kerana sebagai badan pengendali liga, mereka perlu menjaga hati setiap rakan kongsi mereka.

Pasukan ini adalah rakan kongsi MFL dan kita perlu saling memahami. Kerjasama itu penting dan kita tidak boleh melukai hati mereka dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk memburukkan mereka.

“Perpaduan itu penting. Hanya surat secara terus kepada mereka malah kita pun sudah keluarkan surat peringatan dan ada juga yang didenda. Kita tidak keluarkan kenyataan kerana ini adalah pengurusan dalaman pentadbiran Liga M,” katanya.