JDT Lakukan Kelainan

Iskandar Puteri: Ketika pasukan lain tampak begitu gemar ‘memborong’ pemain untuk sa!ngan Liga Malaysia pada musim depan, lain pula dilakukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila lebih mengutamakan penjenamaan kelab itu untuk meningkatkan nilai komersial di peringkat global.

Ini selepas juara Liga Super tujuh musim berturut-turut meng!kat kerjasama dengan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan ia adalah kelab bola s3pak pertama di Asia Tenggara yang pertama mengadakan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertaraf antarabangsa.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim jelas teruja dengan kerjasama bersama UNIFEC dan menganggap ia satu penghormatan paling tinggi buat JDT sekali gus meningkatkan lagi nilai komersial kelab berkenaan di dunia

“Saya amat berbangga untuk mengumumkan JDT akan bekerjasama dengan UNICEF pada musim depan. Bagi pengetahuan semua JDT mempunyai polisi membantu kanak-kanak di seluruh dunia bukan saja di Malaysia terutama dalam aspek pelajaran, kesihatan dan keselamatan.

“Ia pengiktirafan tertinggi dan kerjasama berkenaan adalah untuk setahun dan akan bakal diteruskan untuk tahun seterusnya.

“Malah proses mendapat kerjasama dengan UNIFEC, kami mengadakan dua kali pertemuan. Selepas itu sebanyak tujuh kali ditapis oleh badan itu yang berpusat di Geneva, Switzeland,” kata Tunku Ismail pada majlis mem3terai kerjasama dengan UNICEF di Ibu Pejabat JDT, di sini.

Turut hadir wakli UNICEF di Malaysia, Dr Rasheed Mustafa Sarwar dan ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Ditanya sama ada pihak UNICEF akan menaja JDT pada musim depan, Tunku Ismail berkata ia adalah kerjasama antara kedua-dua pihak dan tiada sebarang tajaan membabitkan UNICEF dan beliau enggan mend3dahkan sebarang maklumat berhubung kerjasama berkenaan.

Mengenai sama ada logo UNICEF akan digunakan di jersi JDT pada musim depan, Tunku Ismail menyatakan kemungkinan logo berkenaan akan tertera di hadapan jersi kelab itu.

Tunku Ismail juga menegaskan kerjasama bersama UNICEF bakal memberi impak positif terhadap JDT memandangkan badan berkenaan sentiasa melakukan kerja-kerja amal terutama untuk golongan kanak-kanak, malah ia penting kerana kanak-kanak adalah penc3tus masa depan.

“Kerjasama itu amat sesuai dengan JDT. Bukan sahaja kami fokuskan kepada sukan bola s3pak tapi juga akan beri fokus kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Malah kami mahu bukan saja kejayaan di dalam padang tetapi juga di luar padang,” kata Tunku Ismail.