JDT capai persetujuan

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui laman sosial rasmi mereka telah membuat pengumuman berkenaan seorang pemain muda yang kini bersama sebuah kelab di England.

JDT telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain kacvkan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Wolverhampton Wanderers.

Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun.

Pemain itu yang lahir di London merupakan kacvkan Malaysia-China melalui ibunya yang berasal dari Tangkak, Johor sebelum ini beraksi untuk kelab Yeovil Town.

Dalam sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Stadium Astro sekitar hujung 2019, Nathaniel berkata bahawa sepupunya pernah memberitahunya untuk bermain dengan pasukan JDT suatu hari nanti.

Dan berkemungkinan selepas ini jika semuanya berjalan lancar, apa yang diperkatakan oleh sepupu pemain itu akan menjadi kenyataan.