Itu Tidak Benar

Pemain berpengalaman Kelantan United (KUFC) Mohd Badhri Radzi atau dikenali Piya, hanya menjalani pemeriksaan k3sihatan biasa sebelum kembali menyertai pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Ab Aziz berkata pemain itu hanya melakukan pemeriksaan kesihatan lanjut, sebelum kembali beraksi bersama ‘The Green Deers’ untuk saingan Liga M musim ini.

“Pemeriksaan tersebut bertujuan memastikan pemain berusia 39 tahun itu, tidak berdepan dengan masalah k3sihatan sekali gus dapat beraksi dengan baik pada saingan liga nanti. Ia hanya prosedur biasa buat seorang pemain bola sepak profesional,” katanya.

Sebelum ini tersebar gambar Piya yang kembali menyertai KUFC selepas setahun berehat dari kancah Liga M, tular di laman sosial yang meminta seluruh peminat mendoakan k3sihatan pemain tengah terbabit.

Wan Mohd Zul berkata untuk makluman, Piya sudah menjalani ujian pemeriksaan k3sihatan sebelum ini dan telah lulus, namun pemeriksaan kali ini bagi memastikan k3sihatan berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, sp3kulasi mengatakan Piya sakit dan pasukan pervbatan KUFC gagal membuat pemeriksaan ke atas pemain itu adalah tidak benar dan pihaknya berterima kasih kepada peminat yang cakna dengan kesihatan pemain kesayangan mereka.

“Piya dijangka kembali berlatih bersama pasukan dalam masa terdekat, Insya Allah sebarang perkembangan terkini Piya dan pasukan yang sahih, boleh didapati di laman sosial rasmi pasukan Kelantan United Football Club,” katanya.