Daudsu pilih Pelan B

Bekas tonggak pertahanan Kelantan United, Daudsu Jamaluddin memilih dunia e-sukan untuk meneruskan kelangsungan hidvp selepas tidak lagi terlibat dalam Liga Malaysia pada musim ini.

Mengakui pand3mik C0VID-19 benar-benar memberi kesan terhadap kariernya di samping jodohnya bersama Kelantan United juga tidak panjang untuk terus beraksi pada musim ini, Daudsu terpaksa memikirkan solusi lain yang lebih baik untuknya mencari wang pendapatan.


Justeru, pemain berusia 36 tahun itu mengambil peluang menjadikan hobinya yang gemar bermain permainan video dalam talian sebagai platform untuk menjana pendapatan selain tidak menolak agak sukar untuk mencari pekerjaan lain ketika ini.

Selepas bermula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada tahun lepas, saya dah mula berfikir agaknya macam manalah karier saya selepas ini, dengan pasukan juga mestilah nak lebih berjimat pada musim 2021.

Memang saya tidak nafikan, C0VID-19 betul betul memberi k3san kepada sukan bola sepak, apatah lagi saya sekarang ini yang tiada pasukan untuk beraksi, dan akhirnya terpaksa memilih pelan B.

Jadi sekarang, saya nak fokus dengan permainan video terlebih dahulu, di mana saya sekarang ada laman Facebook sendiri iaitu DwoodsuxGaming sebagai pereka video permainan dan Alhamdulillah setakat ini sudah mempunyai pengikut melebihi 8,000 orang.

“Saya harap bidang e-sukan ini dapatlah membantu sedikit sebanyak daripada segi kewangan dan semoga yang lebih baik untuk semua yang turut terjejas akibat pandemik ini,” katanya.

Selain itu, situasi sama turut dihadapi oleh bekas pertahanan Kuala Lumpur, Raimi Mohd Nor yang kini membantu perniagaan bapanya sebagai kontraktor apabila turut tidak mendapat tawaran yang serius daripada mana-mana pasukan pada musim ini.

Jelasnya, apa yang dihadapi olehnya dan beberapa pemain lain yang tidak mendapat tawaran cukup membuktikan bahawa akan lebih ramai lagi yang bakal hilang pekerjaan sekiranya Liga Malaysia dibatalkan ekoran pand3mik C0vid-19.

Sekarang saya dan beberapa rakan lain tiada pasukan, tetapi cuba bayangkan kalau Liga Malaysia dibatalkan, sudah pasti ramai lagi yang akan hilang punca pendapatan, bukan saya seorang.

Sekarang dengan faktor umur saya yang kini 35 tahun dan ditambah lagi dengan situasi C0VID-19, memang saya sedar susah untuk terus terlibat dalam Liga Malaysia, dan mahu atau tidak, kena cari alternatif lain.

“Sekiranya peluang itu masih ada untuk suatu hari nanti saya kembali beraksi bersama pasukan, pastinya saya tidak menolak kerana bola sepak tetap nombor satu dalam diri saya,” jelasnya.