Conor McGregor tewas lagi

Dustin Poirier menewaskan Conor McGregor pada pusingan kedua pertarvngan lightweight UFC 257 di Abu Dhabi sebentar tadi.

Ia kejutan terbesar dialami McGregor yang kembali ke oktagon buat kali pertama dalam tempoh setahun.

Jaguh Amerika Syarikat, Poirier ‘mengunci’ bintang Ireland itu menggunakan tangan kiri dan menghumbankannya ke kanvas sebelum pengadil Herb Dean menghentikannya dengan kiraan 2 minit 32 saat di pusingan kedua.