Buat Laporan Kepada SPRM

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) diminta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis seandainya mendapati wujud unsur j3nayah serta p3cah amanah pengurusan KFA terdahulu.

Bekas Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris berkata dakwaan kononnya berlaku penipuan oleh pengurusan lama dalam penyediaan penyata gaji pemain perlu diperiksa secara menyeluruh.

Katanya, ketika itu gaji pemain dibayar melalui cek yang ditandatangani beliau serta timbalan presiden dan naib presiden KFA yang masih berkhidmat bersama badan induk berkenaan sehingga kini.

Eloklah pergi periksa dahulu jika terdapat slip gaji yang palsu. Kenapa tidak rujuk kepada pihak pengurusan sedia ada, mereka masih orang sama dan mereka juga pengurusan lama jika mahu mendapatkan kesahihan.

Perbuatan (dakwa) ini seolah-olah merendahkan martabat SPRM dan polis kerana membawa isu yang dianggap sebagai penyelewengan ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Sepatutnya terus ke pejabat SPRM dan polis untuk seret sesiapa sahaja yang bersalah untuk dibicarakan , katanya pada sidang media selepas Sidang DUN Kedah di sini, hari ini.

Semalam KFA dilaporkan mendakwa pengurusan lama badan induk itu sebelum ini melakukan manipulasi ke atas penyata gaji pemain skuad Lang Merah sehingga ia berhutang hampir RM5 juta dengan dua badan berkanun.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihak terbabit dipercayai membuat dua penyata gaji pemain dengan pertama membabitkan kadar lebih rendah yang diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, penyata gaji sebenar atau kedua yang diberi kepada pemain kemudian akan turut menyatakan potongan LHDN dan caruman KWSP yang dibayar KFA selaku majikan kepada dua badan berkanun terbabit.

Mengulas lanjut, Asmirul berkata, beliau akan mendapatkan nasihat peguam berakaitan tindakan undang-undang selepas melihat isu ini sengaja dibangkitkan untuk mencalarkan imejnya.

Mengulas mengenai isu jumlah kutipan tabung Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), Asmirul menjelaskan kemungkinan berlaku salah faham membabitkan jumlah yang diumumkan ketika Kongres KFA pada 2019.

KFA pada masa itu menyasarkan jangkaan kutipan sebanyak RM50,000 bagi membayar kos guaman melebihi RM100,000. Ini mungkin ada yang salah kerana ada wartawan tulis ‘mencecah’ dan ada yang tulis ‘jangkaan’ RM50,000.

Tetapi mal@ngnya kita cuma dapat kutip kira-kira RM10,000. Tidak timbul soal dana tersebut disalah gunakan oleh mana-mana pihak kerana penyumbang telah memasukkan wang secara terus ke akaun KFA dan bukannya akaun milik mana-mana individu, katanya.

sumber : BH

Menyentuh isu pengiklanan Football Republic pula, tajaan syarikat itu tidak membabitkan wang tunai sebaliknya dibuat melalui penyediaan kelengkapan sukan seperti baju, stokin dan lain-lain peralatan bernilai RM600,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *