Bekas Pemain Kelantan Masih Laku

Kelab Liga India, Gokulam Kerala FC mengumumkan mereka telah menandatangani striker dari Ghana, Dennis Antwi untuk menghadapi musim baharu.

Pemain yang berusia 27 tahun itu pernah beraksi dalam Liga Malaysia bersama pasukan Kelantan pada tahun 2011 hingga 2013 ketika dibawah kendalian Bojan Hodak.


Ketika itu, beliau turut membantu skuad TRW memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia sehingga layak ke saingan Piala AFC. Bagaimanapun, Antwi disingkirkan dari skuad Kelantan untuk saingan suku akhir Piala AFC men3ntang kelab Iraq, Arbil FC.

Selain itu, Antwi turut mempunyai pengalaman beraksi di eropah dengan kelab Sweden dan Norway sebelum memilih untuk kembali ke Asia menyertai Gokulam Kerala.

Kelab ini ada visi dan cita-cita yang tinggi. Saya tertarik dengan filosofi mereka dan apabila saya bercakap dengan jurulatih kelab, saya dapat rasakan Gokulam ialah kelab yang sesuai untuk saya, kata Antwi dalam Sportstar. 

Sementara itu, ketua jurulatih Gokulam, Vincenzo Alberto menyifatkan Antwi merupakan seorang pemain yang serba boleh kerana mampu beraksi di pelbagai posisi di bahagian s3rangan.

Antwi ialah seorang pemain yang mempunyai mentaliti juara. Dia boleh beraksi sebagai sayap, striker utama dan juga pembantu serangan. Kualitinya terdapat pada kepantasan dan beliau juga sangat kuat. Saya percaya beliau akan berjaya bersama kelab ini, kata Vincenzo.

Pemilik kelab Gokulam Kerala menyifatkan kehadiran Antwi merupakan sebahagian daripada perancangan mereka untuk memastikan mereka bergelar juara liga sekaligus mendapat tiket automatik ke saingan Piala AFC.

Antwi akan menjadi aset bagi kami dalam Liga India yang akan datang. Kami mahukan pemain yang sangat berpengalaman, dan Antwi memenuhi syarat itu.

Dengan pemain berkualiti seperti itu, kami mahu membangunkan skuad juara untuk musim yang akan datang, kata Gokulam Gopalan, pemilik kelab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *