Sukan

TMJ kongsi pengalaman bersama import bertaraf bintang

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak mahu pasukan itu menjadi ‘tempat persaraan’ untuk mana-mana pemain yang sekadar menyertai mereka untuk menerima gaji besar sebelum ‘gantung but.’

Ini kerana Tunku Ismail mahukan setiap pemain yang datang ke skuad Harimau Selatan memberi komitmen sepenuhnya kepada pasukan dengan beliau menyifatkan bekas striker, Luciano Figueroa sebagai pemain import terbaik pernah ditandatangani.

Tiada individu boleh dikatakan bintang dan saya begitu bernasib baik untuk Luciano. Saya takkan dapat lagi pemain sama dengan harga dan komitmen diberikan seperti Luciano.

Malaysia bukanlah destinasi untuk mana-mana nama besar. Kalau mereka mahu gaji besar dan liga hebat, mereka ke Jepun, China atau Arab Saudi. Jika mereka ke sini, mereka akan minta dua kali ganda daripada apa ditawarkan oleh negara lain.

“(Pemain) nak datang Malaysia setakat untuk pencen dan dapat duit tetapi tidak beri 100 peratus kepada pasukan, bukan itu yang saya mahukan,” katanya pada sesi temubual bersama penyokong, semalam.

Dalam masa sama, Tunku Ismail sempat mendedahkan pengalamannya bersama pemain terkemuka Argentina, Pablo Aimar yang pernah menyarung jersi pasukan itu pada 2013-14.

Ketika saya tandatangani Aimar, dia cakap yang saya kena faham mengapa dia minta gaji (tinggi) kerana apabila datang ke Malaysia, dia sudah keluar daripada radar bola sepak, tidak wujud dalam bola sepak berdasarkan tahap liga kita pada masa itu.

sumber:- BH

“Kini memang ada peningkatan tetapi nak banding dengan negara lain, kelab mereka boleh beri duit yang lebih banyak daripada apa yang boleh kita bagi,” katanya.