Sukan

Anda perlu bersabar dengan saya sedikit masa lagi

Cristiano Ronaldo mensasarkan untuk beraksi di saingan Euro 2024 dan striker Portugal serta Manchester United itu berkata, dia tidak bercadang untuk bersara dalam masa terdekat.

“Perjalanan saya belum berakhir, anda perlu bersabar dengan ‘Cris’ untuk sementara waktu lagi,” kata Ronaldo.

Beliau berkata demikian selepas menerima trofi pada Anugerah Quinas de Ouro Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF) di Lisbon kerana muncul penjaring gol terbanyak pasukan kebangsaan sepanjang zaman.

“Saya mahu menjadi sebahagian pemain beraksi di Piala Dunia dan Euro. Saya sangat bermotivasi. Cita-cita saya sangat tinggi,” kata pemain berusia 37 tahun itu.

Ronaldo sudah menjaringkan 117 gol dalam 189 penampilan bersama Portugal dan dijangka akan beraksi dalam kejohanan antarabangsa utama ke-10 untuk skuad kebangsaan di Qatar 2022.

Dua gol striker itu men3ntang Republik Ireland pada September 2021 membolehkannya memintas rekod 109 gol yang dijaringkan oleh pemain Iran, Ali Daei selaku penjaring terbanyak di pentas antarabangsa.

Ronaldo kekal di Manchester United walaupun terdapat sp3kulasi dia mahu berhijrah ke kelab lain.

sumber:- HM

Dia menjaringkan gol pada perlawanan terakhir kelab ketika menewaskan FC Sheriff di Liga Europa.