Sukan

Malaysia bukan lagi cap ayam

Walaupun gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 20 tahun (B-20), namun pengendali skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara Hassan Sazali Waras mendedahkan bahawa barisan anak buahnya adalah yang terbaik sekali gus mampu ‘meng3ggarkan’ gergasi bola sepak Asia kelak.

Keyakinan itu disuarakan Hassan selepas melihat prestasi barisan pemain B-19 yang mampu bersaing dengan pasukan gergasi walaupun tewas kepada Korea Selatan.

Hassan berkata, kekurangan yang terdapat kepada pemain muda itu adalah mereka masih kurang pendedahan khususnya menerusi minit permainan di peringkat antarabangsa.

Saya percaya jika kelompok pemain ini diberi peluang dengan perlawanan antarabangsa serta aksi kompetitif dalam liga tempatan, kita akan seiring dengan pasukan yang menguasai di peringkat Asia seperti Korea Selatan ini.

Jadi positifnya adalah saya lihat ramai pemain berbakat dikenalpasti untuk kemajuan selanjutnya bagi menjadi pemain kebangsaan khususnya untuk skuad Bawah 23 tahun (B-23).

“Kita tahu banyak lagi kejohanan pada masa depan contohnya Sukan Sea 2023 dan 2025 serta Kelayakan Olimpik,” katanya.

Terdahulu, skuad B-19 negara terkeluar dari perebutan tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2023 susulan kemenangan 6-0 Mongolia ke atas Sri Lanka di Stadium MFF, Ulaanbatar.

Kemenangan besar luar jangka yang direkodkan Mongolia dalam aksi terakhir Kumpulan E itu menyaksikan mereka merampas kedudukan kedua kumpulan dari Malaysia yang jatuh ke tangga ketiga.

sumber:- BH

Mongolia dan Malaysia berkongsi empat mata namun pasukan tuan rumah aksi kelayakan Kumpulan E itu memiliki kelebihan jaringan.