Sukan

Mahu kejutkan ‘King Of Malaya’

Tempoh rehat dua minggu membolehkan pengendali Melaka United (MU), Mohd Asri Ninggal menyusun semula strategi bagi mengembalikan momentum terbaik pasukan itu.

Baginya, tempoh terbabit akan digunakan sebaik mungkin untuk memantapkan pasukan menjelang perlawanan berdepan Selangor pada 1 Oktober depan di gelanggang lawan.

Menurutnya, dia amat mengharapkan kec3deraan pemain utama sempat pulih dalam tempoh itu bagi memastikan dapat menurunkan barisan pemain terbaik.

Katanya, kejayaan mengikat Kuala Lumpur City FC (KL City), 0-0 pada aksi di Stadium Hang Jebat, minggu lalu, memberi sedikit kelegaan buatnya untuk berdepan Selangor FC.

Kami berdepan kesukaran tanpa ramai pemain utama, namun saya lega kerana pemain yang menggantikan mereka memiliki semangat tinggi.

“Semangat kental terbabit diharap terus dipamerkan pemain untuk memastikan cabaran kepada lawan tanpa mengambil kira kelebihan pasukan dit3ntang,” katanya.

Yang pasti, Asri berusaha gigih membentuk gandingan terbaik walaupun kekurangan pemain bagi memastikan persembahan konsisten ketika bertahan, mengatur gerak dan menyerang.

sumber:- HM

Fokusnya adalah memastikan Melaka United pulang dengan kemenangan atau sekurang-kurangnya satu mata apabila men3ntang Selangor FC nanti.