Sukan

Boleh dikatakan tiada bintang

Tiada istilah ‘main-main’ buat skuad Harimau Malaya apabila mereka dijadual turun men3ntang seteru serantau, Thailand pada Piala Raja Thailand 2022 di Chiangmai bermula Khamis ini.

Sayap kebangsaan, Faisal Halim mendedahkan barisan kejurulatihan mahu pemain pasukan kebangsaan supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi dalam dua perlawanan pada saingan itu selain mencari slot ke final.

Apatah lagi, aksi jemputan itu menampilkan tiga pasukan di ranking lebih baik berbanding Malaysia sekali gus memberikan ruang untuk persediaan lebih mantap menjelang Piala Asia yang dijangka berlangsung tahun depan.

Sudah tentu setiap kali kita pergi ke sesuatu kejohanan ataupun perlawanan seperti ini, jurulatih katakan kita pergi untuk ke final. Kita mahukan Piala Raja Thailand itu tetapi kita tahu aksi pertama berdepan Thailand bukanlah satu aksi yang mudah.

“Kita tahu kemampuan Thailand tetapi kita pun ada kemampuan kita juga. Apa yang penting adalah satu pencapaian yang baik jika kita berjaya menyekat Thailand,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini, sebelum berlepas bersama skuad Harimau Malaya ke Bangkok.

Sebagai rekod, Malaysia akan berdepan Thailand yang menghuni ranking ke-111 dunia pada aksi pertama sebelum berpeluang berdepan sama ada Trinidad dan Tobago (ranking ke-101) ataupun Tajikistan (rankling ke-109) pada aksi kedua, 25 September.

Mengulas lanjut persiapan skuad ke Chiangmai, pemain Terengganu FC (TFC) itu mengakui semua pemain nampak begitu bersemangat dan sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan cabaran skuad Gajah Perang.

Mungkin ini adalah skuad terbaik untuk masa akan datang kerana ada kombinasi pelbagai pemain daripada pemain senior, muda serta pemain yang tidak terlalu berusia.

sumber:- BH

“Boleh kata yang tiada bintang dalam skuad ini. Jadi semua menunjukkan kerjasama dan cuba buat yang terbaik ketika menentang Thailand nanti. Misi peribadi saya adalah sekurang- kurangnya untuk membantu skuad negara mara ke final Piala Raja Thailand,” katanya.