Sukan

Kemenangan pertama Malaysia di kelayakan Piala Asia B-20

Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara kembali menghidupkan peluang untuk mengintai slot ke Piala Asia B-20 di Uzbekistan tahun depan apabila berjaya menewaskan Sri Lanka 3-0 dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 di Stadium MFF, Ulaanbaatar di Mongolia, hari ini.

Kemenangan itu adalah yang pertama selepas seri 1-1 dengan Mongolia dalam aksi sulung yang di venue sama Rabu lalu.

Hasil keputusan itu, skuad kendalian Hassan Sazali Waras kini mengumpul empat mata untuk berada di tangga kedua di belakang Korea Selatan yang menghimpun enam mata selepas dua aksi.

Lantas, aksi terakhir kumpulan berdepan gergasi Asia itu pada Ahad ini wajib diakhiri dengan kemenangan bagi membolehkan skuad negara menempah tiket selaku juara kumpulan.

Namun jika seri, skuad negara terpaksa bergantung kepada nasib dengan mengharapkan muncul sebagai lima naib juara terbaik daripada 10 kumpulan di pusingan kelayakan itu.

Dalam perlawanan itu, Malaysia memulakan aksi dengan baik apabila menguasai sejak mula biarpun terpaksa bermain dalam hujan.

Begitupun gol yang dicari-cari terhasil di minit 30 menerusi percubaan leret striker negara, Aliff Izwan Yuslan yang memanfaatkan hantaran tepat Adam Farhan Faizal dari tengah padang.

Bersambung babak kedua, Sri Lanka yang tewas 6-0 kepada Korea Selatan sebelum ini terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Navod Lakshitha dilayangkan kad kuning kedua di minit 53, sekali gus mengundang kad merah.

Kesempatan itu dimanfaatkan sebaiknya dan gol kedua negara disumbangkan Adam yang menolak mudah hantaran Muhammad Alif Farhan di minit 70.

sumber:- HM

Malaysia yang menjuarai saingan AFF B-19 di Indonesia pada Julai lalu menambah gol ketiga, sekali lagi menerusi sentuhan Aliff yang membuat percubaan cantik dari luar kotak penalti di masa kec3deraan.