Sukan

Rahadiazali tarik perhatian penjaga gol England

Bekas penjaga gol England, David James, melahirkan simpatinya terhadap Rahadiazali Rahalim berikutan kesilapan benteng akhir itu menjadi faktor Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta gemilang Piala FA, malam tadi.

James merupakan pemain tertua ,39 tahun dan 321 hari yang membuat kemunculan dalam Piala Dunia ketika beraksi dalam kempen 2010 di Afrika Selatan. Dia memiliki 53 penampilan sepanjang kariernya di peringkat antarabangsa.

Dia yang hadir sebagai tetamu untuk program bersama Astro minggu ini berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sambil ditemani hos rancangan sukan Astro, Adam Carruthers.

Justeru, James menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri kesilapan itu sambil menyelami keperitan yang ditanggung oleh Rahadiazli tersebut.Saya pernah melakukan kesilapan tidak sepatutnya.Saya tahu bagaimana perasannya.

Kalau saya di tempatnya, bukan setakat tidak dapat lelapkan mata pada waktu malam, malah sejak detik ia berlaku lagi ia pasti akan mengganggu minda saya sepanjang perlawanan.

“Tapi kami adalah pemain profesional, kritikan dan kesilapan asam garam dalam bola sepak,” katanya.
Dalam masa sama, Rahadiazli turut mendapat sokongan daripada kem Sang Penyu yang menyaksikan pertahanan, Pape Diakete, termasuk ketua jurulatih, Nafuzi Zain, menyifatkan kesilapan ini sebagai pengajaran dalam kematangan kariernya.

Saya tak pernah menyesal letak pemain saya. Sebelum ini pun lawan Negeri Sembilan dia tangkap terlepas dan kita kalah 2-1, tapi perlawanan seterusnya dia masih bermain.

Saya bukan jenis jurulatih yang menutup ruang untuk pemain terutama pemain muda. Ini semua proses belajar, pada mata saya, banyak lagi pemain-pemain ini perlu belajar.

sumber:- SA

“Tapi dengan kesilapan dalam perlawanan besar seperti ini, ia perlu dibayar dengan harga yang mahal. Apa pun dia sudah bagi yang terbaik, tanpa aksi cemerlang dia dalam separuh akhir tak mungkin kami sampai ke final,” kata Nafuzi dalam sidang media selepas perlawanan.