Sukan

Awas anda sedang diperhatikan

Amaran kepada kumpulan pengacau bahawa anda sedang diperhatikan.

Itu antara peringatan pihak polis kepada beberapa kumpulan yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada final Piala FA, esok supaya membatalkan niat untuk membuat kekacauan jika tidak mahu dikenakan tindakan susulan.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya sudah melakukan risikan seterusnya kenalpasti kumpulan yang akan cuba melakukan pr0vokasi pada perlawanan final membabitkan Terengganu men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau berkata, beberapa pegawai dan anggota polis sudah ditempatkan di kawasan strategik dan akan bertindak segera jika terdapat insid3n tidak diingini berlaku terutama membabitkan pergaduhan atau ruvuhan.

Berkaitan isu ‘hooligan’, kita sudah lakukan risikan dan kenal pasti kemungkinan terdapat kumpulan yang akan cuba lakukan provokasi pada hari terbabit.

Kita pastikan mana-mana kumpulan yang cuba mencetuskan pergaduhan, kita akan ambil gambar, ada pasukan dari kongsi gelap (D7) dan ambil video serta gambar membabitkan kumpulan cetuskan kekecohan.

“Secara keseluruhan, kita tidak boleh nak kongsikan maklumat itu, tapi perkara itu ada dan ambil tindakan awal berdasarkan identiti kumpulan yang boleh mencetuskan pr0vokasi,” katanya dalam sidang media keselamatan di SNBJ, sebentar tadi.

Selain itu, Zam Halim memaklumkan bahawa kira-kira 87,000 penyokong kedua-dua pasukan hadir pada perlawanan final terbabit sekaliu gus akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan perkarangan stadium.

Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.

Pemeriksaan yang dilakukan meliputi pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan yang dibawa oleh penonton.

sumber:- HM

Selain itu, pihak Polis juga akan memastikan aliran trafik di sekitar stadium berjalan lancar bagi memudahkan pergerakan orang ramai yang menuju ke stadium,” katanya.