Sukan

Persoalan taktikal Hidoglio mula timbul menjelang aksi final

Mampukah penampilan taktikal `Latin Amerika’ yang dipraktikkan pengendali Johor Darul Ta’zim, Hector Bidoglio memastikan kejuaraan Piala FA milik pasukan itu apabila bertembung dengan Terengganu FC (TFC) pada pentas final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Persoalan itu timbul selepas Bidoglio tampak masih tercari-cari rentak permainan yang sesuai buat JDT selepas kegagalannya membimbing skuad Harimau Selatan mencipta kemenangan ke atas Selangor apabila sekadar seri 1-1 pada aksi Liga Super, baru-baru ini.

Hidoglio juga menegaskan perlu ada penambahbaikan bagi mengharungi perlawanan seterusnya dan pasti tempoh seminggu selepas aksi menentang Selangor, pengendali kelahiran Argentina itu bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan bagi memantap pasukan itu menghadapi skuad kendalian Nafuzi Zain.

Sejak Hidoglio mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih JDT daripada Benjamin Mora, formasi yang sering ditampilkan beliau terarah 4-3-3 tetapi akan berubah ke formasi 3-5-2 dengan Corbin Ong akan bertindak menyusup ke posisi sayap kiri bagi membantu barisan s3rangan.

Apapun, bekas pemain tengah antarabangsa Venelueza itu harus memperkemaskan lagi `set-piece’ yang tampak kurang berkesan apabila skuad Harimau Selatan memperoleh sepakan percuma dan sepakan sudut.

Beliau juga perlu menurunkan ilmu buat Arif Aiman Hanapi supaya lebih berkesan apabila beraksi di posisi sayap kanan memandang pemain muda JDT itu ada ketikanya hilang rentak dan ini terbukti apabila gagal beraksi dengan baik selepas dikawal rapi bek kiri Selangor, Fazly Mazlan.

Apapun, Hildoglio tidak berdepan masalah untuk terus menggunakan khidmat Leandro Velazquez mengemudi jentera tengah bergandingan bersama Natxo Insa tetapi beliau mungkin dalam dilema sama ada mahu mempertaruhkan Nazmi Faiz Mansor atau Afiq Fazail untuk berada di posisi berkenaan kerana kedua-dua pemain itu memiliki kelebihan tersendiri dan begitu serasi beraksi bersama Insa dan Velazquez.

Di sebalik memperkemaskan benteng tengah, Bidoglio juga tidak terlepas untuk memperhebatkan lagi jentera s3rangan gandingan Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.

Bagaimanapun, di posisi pertahanan, Bidoglio perlu mengingatkan pemain yang bakal diturunkan sama ada Shane Lowry, Carli de Murga, Shahrul Saad, Matthew Davies dan Corbin sentiasa fokus pada aksi final itu memandangkan kelibat Faizal Halim, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche berbahaya apabila berada di dalam kotak penalti.

sumber:- BH

Seandainya semua perancangan Bidoglio menjadi, tidak mustahil JDT bakal mengulangi pencapaian musim 2016 dan membawa pulang Piala FA ke Johor buat kali kedua.