Sukan

Pasukan pilihan Sanusi di Final dan sebab jadi pilihan

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memilih untuk memberi sokongannya terhadap pasukan Terengganu FC (TFC) menjelang pertembungan dalam pentas akhir Piala FA men3ntang JDT, Sabtu ini.

Katanya, beliau turut yakin bahawa rakyat Malaysia akan memilih untuk menyokong pasukan Sang Penyu berbanding JDT.

Katanya, hanya orang Johor saja yang akan menyokong pasukan dari selatan tanah air itu manakala mereka yang berada di negeri lain akan memihak kepada Terengganu.

Saya sokong TFC sebab isteri saya orang Terengganu dan setakat ini, saya belum kahwin orang Johor lagi. Lagipun biasanya orang macam saya sentiasa sokong pasukan ‘underdog’.

“Semua sokongan rakyat Malaysia akan ‘pergi’ ke Terengganu dan kalau tak percaya, tunggu. Orang Johor saja sokong JDT manakala yang lain, semua Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Kedah Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial klip video berdurasi 21 saat memaparkan Muhammad Sanusi menggayakan jersi Terengganu FC dalam satu majlis.

Klip video itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dari netizen mengenai sokongan akan diberikan Muhammad Sanusi kepada negeri pantai timur itu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata beliau akan tetap berlapang dada sekiranya Terengganu kalah dalam perlawanan akhir itu nanti.

sumber:- BH

“Kalau kalah, saya akan terima dengan berlapang dada. Tetapi tetap sokong Terengganu,” katanya.