Sukan

‘Gigih’ penyokong TFC

‘Piala FA Hok Kiter’, ‘Demi Tranungku (Terengganu)’, ‘ Wakaf Dua ke Bukit Jalil’, ‘Pemain TFC Kebanggaan Kami’.

Itu antara kain rentang yang dilakar peminat setia Kampung Wakaf Dua, Marang demi menaikkan semangat pemain Terengganu FC (TFC) menjelang aksi final Piala FA men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Wakil peminat, Muda Mat Ali, 60 atau lebih dikenali sebagai ‘Pok Ping Bola’ berkata, dia bersama penduduk kampung berganding bahu menyiapkan sepuluh kain rentang untuk dipasang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Sabtu ini.

Demi TFC dan kebetulan cuti persekolahan, kami peminat setia skuad Penyu bergotong-royong menyediakan sepuluh kain rentang membabitkan lebih 50 penduduk kampung yang terdiri daripada golongan dewasa lelaki dan perempuan serta kanak-kanak.

Walaupun terpaksa mengeluarkan modal lebih RM1,000 untuk menyediakan kain rentang itu, tapi kami tidak kisah sebaliknya berasa puas dan teruja kerana sudah lama menanti untuk melihat pemain kesayangan beraksi di pentas final Piala FA.

Dengan semangat yang ditunjukkan peminat yang bergotong-royong mulai jam 8 pagi hari ini sebelum kami bertolak ke Stadium pada Jumaat ini, kami harap pemain dapat memperagakan aksi begitu bersemangat untuk merangkul gelaran selepas 11 tahun menanti.

sumber:- HM

“Buat jurulatih, strategi terbaik anda ditagih bagi memastikan kami dapat melihat dengan lebih dekat trofi itu dibawa pulang ke Terengganu, kami ‘pemain ke-12’ tetap berdiri teguh bersama pemain walaupun ribuan ringgit dihabiskan untuk sampai ke Bukit Jalil,” katanya ketika ditemui di Kampung Wakaf Dua, hari ini.