Ulsan Hyundai berjaya mengetepikan cabaran Kawasaki Frontale 3-2 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin petang tadi.

Skuad kendalian Hong Myung-bo mempamerkan aksi luar biasa selepas membuka tirai jaringan menerusi gol Leanardo Nascimento pada minit ke-14 dan disusuli jaringan Um Wong-sang selang enam minit kemudian dan diikuti jaringan Valeri Qazaishvili pada minit ke-47.

Kawasaki Frontale cuba bangkit dengan dua jaringan Leandro Damiao Santos pada minit ke-40 dan minit akhir perlawanan namun masih belum mampu untuk menidakkan kemenangan kelab dari Korea Selatan itu.

Johor Darul Ta’zim (JDT) melonjak ke tangga kedua Kumpulan I selepas menewaskan Guangzhou FC dari China 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Kemenangan JDT juga menghidupkan peluang untuk memburu slot ke pusingan 16 pasukan namun perlu melepasi halangan berliku dengan syarat harus menang ke atas juara ACL 2022, Ulsan Hyundai.