Sukan

Pengendali Selangor berang, terima hakikat naik turun bola sepak

Pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berang dengan pemainnya yang gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk disudahkan dengan jaringan ketika berdepan Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi.

Jurulatih kelahiran Jerman itu menyatakan anak buahnya perlu menyalahkan diri sendiri atas kegagalan menyempurnakan deretan peluang yang dicipta.

Tambahnya, ketumpulan jentera s3rangan jelas meranapkan impiannya untuk mengekalkan rekod tanpa kalah lebih-lebih lagi selepas para pemain mendapat tonik berharga sesudah memb3lasah Kedah Darul Aman FC, 4-1 pada aksi terakhir sebelum ini.

Bagaimanapun beliau akui secara keseluruhan anak buahnya beraksi baik dengan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun skuad Penyu lebih tajam di depan gol berbanding skuadnya.

“Kami bermula baik dengan mendominasi permainan selain mencipta banyak peluang pada awal 20 minit pertama sekali gus memberi keyakinan kepada saya, namun selepas jaringan pertama TFC yang juga percubaan tepat pertama lawan, ia bagaikan ‘membvnuh’ motivasi pemain kami.

“Sepatutnya kedudukan ketika awal separuh masa kedua berubah menjadikan 1-1 selepas kami memperoleh peluang terhidang untuk menjaringkan gol, tapi juga gagal diterjemahkan pemain,” katanya ketika ditemui selepas berakhir perlawanan malam tadi yang memihak kepada TFC 2-0 hasil jaringan Faisal Halim dan Kipre Tchetche pada setiap babak.

Mengulas lanjut beliau menuntut anak buahnya melupakan episod malang itu sebaliknya bangkit berdepan Sri Pahang FC pada Jumaat depan di laman sendiri.

Jika tanya saya mesti mahu kemenangan malam ini (malam tadi) terutama selepas menumpaskan Kedah tempoh hari, tapi kita perlu terima hakikat naik turun dalam sukan bola sepak ini.

sumber:- HM

“Saya harap pemain bangkit dan bekerja keras bagi mengelak keciciran mata lagi bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga,” katanya.