Sukan

Kenapa Natxo Insa disisihkan

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah menyifatkan aksi tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa sebagai luar biasa dan perlu diberi peluang menyertai skuad Harimau Malaya.

Menurut bekas jurulatih Kedah yang pernah menghadiahkan kejuaraan ‘double treble’ itu, berdasarkan pemerhatian dalam tiga aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama JDT ketika ini, Natxo adalah pemain yang cukup mantap dan dilihat mampu memperkuatkan skuad negara khususnya di jentera tengah.

Dia seorang pemain yang bijak membaca perlawanan, seorang pemain yang sentiasa memenangi bola di tengah dan seorang yang ada visi bagus ketika meny3rang.

Permainan dia memang mantap dan saya kira dengan adanya dia bersama skuad negara mungkin akan beri pilihan kepada Kim Pan-gon (pengendali kebangsaan) untuk mengemudi di bahagian tengah.

“Mungkin untuk mengisi dalam pasukan masih terlalu awal dan tak tahu lagi apa yang berlaku, tetapi untuk dia dipanggil ke kem latihan negara, bagi saya dia memang layak dan seharusnya diberi peluang,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Natxo, 35, adalah pemain kacukan berdarah Malaysia-Sepanyol yang cukup berpengalaman di pentas Eropah di mana dia pernah menyarung jersi kelab-kelab terkemuka La Liga seperti Valencia, Villarreal, Real Zaragoza dan Levante.

Selepas menghabiskan hampir 10 musim beraksi di Sepanyol, Natxo memilih beraksi di Liga Malaysia dengan menyertai JDT pada 2017 bersama-sama adiknya, Kiko Insa yang lebih awal mewakili negara di pentas antarabangsa pada 2017.

Untuk rekod, Natxo dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe dan meraih penampilan sulung diperingkat antarabangsa pada 22 Mac 2018 ketika aksi persahabatan men3ntang Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan seri 2-2.

sumber:- HM

Selepas itu, kelibat Natxo bersama skuad negara langsung tidak kelihatan, malah tidak dipanggil ke kem latihan negara biarpun memperagakan aksi konsisten bersama skuad Harimau Selatan setiap musim.