Sukan

JDT bukan biasa – biasa , cipta sejarah di ACL

Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula dengan langkah kanan selepas memb3lasah kelab dari China, Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Kemenangan itu meletak skuad bimbingan Benjamin Mora mendahului Kumpulan I selepas aksi Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale berkesudahan seri 1-1 pada aksi petang tadi.

JDT menguasai permainan sebaik babak pertama bermula dan striker, Bergson Da Silva menjaringkan hatrik untuk melengkapkan malam bermakna buat JDT.

S3rangan bertali arus skuad Harimau Selatan membuahkan hasli pada minit ke-10 apabila bola sepakan lintang Shane Lowry dari kiri ditanduk masuk Bergson menewaskan penjaga gol, Guangzhou FC, He Lipan.

Pada minit ke-13, rembatan Fernando Forestieri selepas menerima bola umpanan Bergson pada awalnya ditampan Lipan, tetapi penjaga gol itu tertolak bola masuk ke gawang sendiri.

Bergson menambah derita skuad bimbingan Pan Yong He apabila mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-27.

Bergson mencatat hatrik pada minit ke-55 apabila menanduk bola menewaskan Lipan berpunca daripada bola sepakan lintang Corbin Ong.

Guangzhou FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-68 selepas Guan Haojin dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohammed Khled S Al Hoish menyepak kepala Bergson.

Pemain gantian, Ramadan Saifullah turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-81 selepas bertindak menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan bingkas melencongkan bola memperdayakan Lipan untuk memastikan kemenangan 5-0 memihak JDT.

sumber:- HM

Sementara itu, Ulsan Hyundai dari Republik Korea dan Kawasaki Frontale dari Jepun seri 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, petang tadi.