Sukan

Keputusan ACL buka peluang lebih cerah kepada JDT

JUARA Liga Jepun, Kawasaki Frontale sekadar berkongsi satu mata dengan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai selepas terikat 1-1 dalam aksi pembuka tirai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada Jumaat.

Babak pertama perlawanan Kumpulan I itu menyaksikan pasukan Ulsan Hyundai FC, yang juga pemenang aksi play-off antara kelab memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-20 menerusi pemain kelahiran Brazil, Leonardo Nascimento.

Tersentak dengan gol itu, Kawasaki Frontale bangkit dengan beberapa percubaan, namun gagal menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kawasaki Frontale terus menggandakan asakan untuk mendapatkan gol penyamaan namun percubaan mereka berjaya dinafikan penjaga gawang lawan Hong Myung Bo.

sumber:- SH

Begitupun kelab dari negara matahari terbit yang terus melancarkan gerakan dan akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan menerusi jaringan Shintaro Kurumaya dan kedudukan 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat.