Sukan

Guangzhou FC laung amaran menjelang pertemuan dengan JDT

Pemain tengah Guangzhou FC, Yang Xin mengakui tidak gentar dengan cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila memulakan aksi pertama Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Menurutnya, walaupun JDT tampak gah di saingan liga tempatan dan belum tewas selepas beraksi dalam empat perlawanan selain memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, tidak mustahil Guangzhou FC melakar kejutan pada aksi pertama.

Sebelum datang ke Johor untuk aksi ACL, kami bukan sahaja membuat kajian terhadap pasukan JDT, malah ia membabitkan pasukan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dan Kawasaki Frontale (Jepun) kerana semua pasukan bertanding cukup hebat dan memiliki pemain berkualiti.

“Walaupun turun dengan barisan pemain muda, tapi kami ada misi utama perlu dilaksanakan dalam saingan ACL dan semestinya mahu memberi persembahan terbaik dan mengikut perancangan dibuat,” kata Yang Xin.

Sementara itu, pengendali Guangzhou FC, Pang Yonghe tidak akan memfokus kepada seorang pemain JDT sahaja yang akan memberi ancaman kepada pasukannya, sebaliknya menegaskan 11 pemain pasukan itu begitu berb@haya dan mengingatkan pemainnya supaya tidak hilang fokus.

Katanya, objektif utama membawa ramai pemain bawah 22 tahun untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain selepas pencapaian pada saingan ACL musim lalu kurang memuaskan.

Dalam saingan ACL musim ini, kami membuat persiapan rapi dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dan ia memberi lebih keyakinan buat pemain mengharungi saingan di Johor.

Kami tiada pemain import pada saingan ACL, sebaliknya 100 peratus pemain tempatan dan pastinya matlamat utama adalah memberi pendedahan untuk pemain.

sumber:- HM

“Apapun kami akan memberi t3ntangan sengit terhadap JDT,” kata Yonghe.