Sukan

Sah Pengadil salah beri jaringan

Keputusan dibuat pengadil untuk memberikan gol kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) pada aksi Liga Super bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu lalu adalah salah dari segi undang-undang permainan Fifa.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Abang Zulkarnain Abang Abdurahman berkata, perkara itu disahkan selepas analisis menerusi rakaman video dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil, hari ini.

Justeru, kesilapan yang dilakukan pengadil terbabit akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengadil FAM untuk tindakan selanjutnya.

Mengikut laporan daripada Penilai Pengadil, prestasi dan persembahan pengadil itu adalah baik di sepanjang perlawanan kecuali keputusan membenarkan gol itu pada minit ke-85.

Selepas kita membuat penelitian menerusi rakaman video, memang keputusannya itu salah kerana gol itu dijaringkan dalam keadaan ofsaid iaitu pemain PJ City FC mengganggu pemain lawan dengan cara perlakuan jelas memberi impak terhadap kemampuan pihak lawan untuk memainkan bola.

“Hanya sekiranya pemain PJ City FC yang berkedudukan ofsaid itu tidak berada dalam laluan bola atau jauh dari penglihatan penjaga gol lawan, maka ia tidak menjadi satu kesalahan ofsaid,” katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pengadil FAM akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap pengadil berkenaan, sekali gus bakal berdepan hukuman.

Terdahulu, menerusi laporan Arena Metro hari ini, Sri Pahang FC tampil secara rasmi menghantar notis aduan kepada FAM terhadap kelemahan mutu pengadilan.

Dalam aksi itu, skuad Tok Gajah yang mendahului terpaksa berputih mata apabila prov0kasi pemain PJ City ke atas pengadil di minit ke-85 menyaksikan keputusan offside yang dikesan penjaga garisan diubah untuk membenarkan gol penyamaan pasukan pelawat itu.

sumber:- HM

Malah, ia adalah insid3n kedua buat Sri Pahang yang seolah-olah ‘dir0mpak’ pengadil perlawanan selepas senario sama turut berlaku ketika anak buah Christophe Gamel itu tewas 0-1 kepada Kedah Darul Aman FC, di Stadium Darul Aman, Rabu lalu.