Sukan

Reaksi Aidil selepas hanya menang tipis

Kemenangan satu gol tanpa balas dihasilkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengatasi Sri Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman semalam jelas memberi kelegaan buat ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak.

Bagi pengedali skuad Sang Kenari itu, walaupun hanya satu gol terhasil, pujian tetap diberi kepada anak buahnya yang menunjukkan komitmen diharapkan dalam usaha mencari kemenangan ketiga berturut-turut musim ini.

Ini satu perlawanan yang tidak mudah buat kami dalam memulakan kembali aksi terutama memasuki bulan puasa ini yang mana pemain sedang menyesuaikan diri, namun kami berjaya memanfaatkan peluang hasil dari sepakan bola mat! yang akhirnya menghasilkan gol.

“Sri Pahang hadir dengan beberapa pemain yang berfizikal lebih tinggi daripada kami dan bagi mengatasi masalah perbezaan itu, kami cuba mengelak melakukan kesilapan di kawasan sendiri dan paling penting kami mengawal permainan dengan lebih berdisiplin.

“Saya menghargai usaha ditunjukkan pemain saya melalui kerja keras sepanjang perlawanan, meskipun mencapai kemenangan, saya berharap kami dapat terus memperbaiki setiap kelemahan,” katanya.

Sementara itu pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel tetap memuji aksi serta kesungguhan pemainnya yang disifatnya tidak mengalah dan terus berusaha mencari gol hingga wisel penamat.

sumber:- BH

“Kami harus melupakan perlawanan pertama yang sukar di sini dan kembalikan semula tahap kecergasan kami pada tahap terbaik bagi meneruskan aksi menentang PJ City FC selepas ini,” katanya.