Sukan

Saya sudah berbincang dengan Pan Gon

KEMAMPUAN skuad Harimau Muda negara bagi mengharungi Sukan SEA Hanoi yang bakal membuka tirainya 6 Mei depan akan diuji menerusi beberapa aksi persahabatan pada penghujung April ini.

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney berkata, anak buahnya akan men3ntang beberapa pasukan luar negara sebelum menyertai temasya tersebut pada perancangan awal

Bagaimanapun perlawanan bersama pasukan luar itu tertakluk persetujuan negara tersebut memandangkan aksi tersebut berada di luar kalendar perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Setakat ini kita merancang memanggil para pemain untuk menyertai kem latihan kebangsaan pada April dua atau tiga minggu sebelum kejohanan. Dalam tempoh tersebut mungkin kami akan adakan dua atau tiga perlawanan persahabatan.

Keutamaan kami ketika ini adalah untuk mengadakan perlawanan menentang pasukan luar. Jadi kini kami sedang mencari beberapa pasukan untuk datang bermain men3ntang pasukan kita.

“Sebab ia bukan senang untuk mencari pasukan memandangkan ia luar daripada kalendar FIFA. Bagaimanapun kami akan cuba yang terbaik untuk merealisasikannya,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar baru-baru ini.

Ketika ditanya pertindihan pemain pasukannya yang kini berada bersama skuad senior, Brad berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Jelasnya, beliau sedia untuk melepaskan pemain-pemainnya kerana baginya panggilan skuad senior lebih penting dalam misi layak ke Piala Asia.

Saya sudah berbincang mengenai perkara ini bersama Pan-gon. Kami akan bertemu sekali lagi sebelum memuktamadkan perkara tersebut.

sumber:- SH

“Tapi, saya akan lebih mengutamakan pemain-pemain saya untuk ke pasukan senior kerana ia lebih penting kerana mereka ada misi yang lebih besar,” katanya.