Sukan

Sah tiga mata dipotong

Kegagalan Perak FC melunaskan tunggakan gaji barisan pemain musim lalu akhirnya membawa padah apabila dikenakan hukuman pem0tongan tiga mata dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Keputusan itu diputuskan badan bebas iaitu Pelesenan Kelab atau First Instance Body (FIB) berkuatkuasa serta merta.

Menurut Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, skuad The Bos Gaurus gagal melunaskan baki tunggakan gaji pada tarikh pertama yang ditetapkan oleh FIB iaitu pada 31 Mac lalu.

Pihak pengurusan Perak FC sebelum ini bersetuju untuk menjelaskan baki tunggakan gaji tahun lalu membabitkan pemain dan pegawai pasukan utama dan reserve team berjumlah RM 934,729.42 pada 31 Mac 2022 namun mereka didapati gagal untuk berbuat demikian.

“Justeru itu, Jawatankuasa FIB yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk menjatuhkan hukuman pem0tongan tiga mata kepada Perak FC.

“Jika Perak FC masih gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji berkenaan pada tarikh akhir kedua (14 April ini) maka pada 15 April, mereka boleh dikenakan hukuman pem0tongan enam lagi mata dalam saingan Liga Perdana dan pengurangan dana” katanya.

Tambah Sheikh Mohd Nasir lagi, sekiranya Perak FC masih gagal membuat bayaran tunggakan gaji tersebut sebelum atau pada 21 April ini, maka pada 22 April pula MFL akan memanjangkan kes ini kepada FIB bagi tindakan lanjut.

Untuk rekod bagi kes tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan pertama dan reserve team tahun lalu, MFL sudah menghantar surat pekeliling kepada Perak FC pada 15 November 2021 untuk menyerahkan akuan bersumpah (SD) semua bayaran berkenaan.

Ujarnya lagi, kemudian pada 15 Disember 2021 Perak FC sudah memuat naik SD ke dalam sistem AFC CLAS.

Pada 11 Januari 2022, Perak FC menghantar e-mel mengenai jumlah tunggakan pembayaran gaji sehingga November 2021 membabitkan pemain dan pegawai, LHDN, KWSP dan PERKESO.

sumber:- HM

“Pada 9 Mac 2022, MFL sudah menghantar surat kepada Perak FC untuk mengarahkan agar bayaran tunggakan pemain dan pegawai bagi pasukan utama dan reserve team dijelaskan sebelum 31 Mac 2022 bagi mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya.