Sukan

Kim Swee luah kelegaan

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, lega apabila pertahanan kanannya, Rizal Ghazali, hanya dikenakan amaran keras oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas gagal melaporkan diri ke kem latihan pusat skuad kebangsaan pada 14 Mac lalu.

Tambahnya, dia lega apabila Rizal tidak dikenakan hukvman berat dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemain yang enggan melaporkan diri bersama skuad kebangsaan.

Kim Swee, yang mengakui sudah memberikan am@ran kepada Rizal, berkata kepada Nadi Arena: Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FAM kerana memahami keadaan Rizal.

Pada masa yang sama, saya telah menasihati dan memberikan amaran kepada setiap pemain Sabah, seandainya mereka dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan, mereka perlu melaporkan diri kecuali kecemasan.

“Mereka harus memaklumkan kepada pihak FC atau terus memaklumkannya kepada pihak FAM,” katanya.
Mengulas mengenai tindakan FAM untuk sekadar memberikan keras.Kim Swee meluahkan kelegaannya dengan berkata: “Kita tahu Rizal merupakan pemain utama pasukan Sabah dan pada masa yang sama, kami telah bersiap sedia, di mana sebelum FAM membuat keputusan lagi, saya telah memastikan tempat Rizal boleh digantikan oleh sesiapa sekalipun.

sumber:- SA

“Saya harus menarik nafas lega apabila tiada tindakan dikenakan kepada Rizal tetapi seperti yang saya katakan tadi, kita tidak boleh mengulangi apa yang telah dilakukannya, terutama daripada segi komunikasi di antara pemain dan persatuan,” katanya lagi.