Sukan

Dua ‘Hikayat’ berbeza dua ‘kuda tua’

‘Hikayat’ berbeza jelas ditampilkan oleh dua ‘kuda tua’ iaitu Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya bagi aksi Siri Tiga Negara di Singapura, minggu lalu.

Ketika Safiq dijulang apabila beraksi dengan cemerlang dalam dua perlawanan menentang Filipina dan Singapura namun Aidil yang juga rakan sepasukannya di Johor Darul Ta’zim (JDT) merasai ‘bahang’ yang berlainan.

Ini kerana pertahanan berusia 34 tahun itu dikriT!k hebat oleh penyokong bola sepak tempatan apabila disifatkan menjadi antara punca skuad kebangsaan tumbang 2-1 men3ntang Singapura, Sabtu lalu.

Susulan itu, timbul persoalan sekiranya khidmat kapten skuad kebangsaan masih lagi relevan apatah lagi pasukan di bawah bimbingan Kim Pan Gon kini menerapkan corak permainan lebih meny3rang dan lebih pantas.

Namun, jawapan bekas jurulatih skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan cukup ringkas tetapi padat – bukan hak kita untuk mempersoalkannya kerana Pan Gon pasti ada perancangannya yang tersendiri.

Justeru, Wan Jamak menegaskan tiada pemain yang perlu dipersalahkan seratus peratus apabila keputusan tidak berpihak kepada skuad kebangsaan apatah lagi baru dua perlawanan di bawah kendalian jurulatih baharu.

Saya tidak lihat kalah atau menang. Pan Gon bukan melihat pemain daripada satu atau dua perlawanan sahaja, mungkin sudah empat atau lima perlawanan. Kenapa kita begitu cepat untuk mengadili dia (Aidil) kerana dia bukannya baru dipanggil.

Bukan saya pertahankan Aidil kerana saya dulu pernah melatih dia tetapi Aidil baru beraksi untuk satu perlawanan (di bawah Pan Gon). Mungkin dia masih belum sesuai dengan taktikal yang cuba dibawa oleh jurulatih baharu itu.

“Apabila pasukan kalah, mesti kita nak cari siapa punca dan kenapa? Kita perlu lihat secara keseluruhan. Kalau dengar cakap netizen, sampai bila pun bola sepak kita takkan maju. (Pemilihan Aidil) bukan hak kita kerana ia adalah hak jurulatih.

“Kalau bercakap mengenai minit permainan, Akhyar dengan Shahrul pun kurang minit. Sebenarnya perkara ini jadi isu disebabkan kita kalah (lawan Singapura). Sekarang ini (apabila kalah) pemain yang kena, takut nanti kalah lagi, jurulatih pun kena (kecam) juga.

Selepas perlawanan pertama, jurulatih pasti mahu mencuba perkara yang lain untuk perlawanan kedua. Mungkin dia ada lima atau enam perkara yang mahu dibuat tetapi dalam dua perlawanan ini, dia hanya dapat dua atau tiga perkara sahaja.

sumber:- BH

“Kita sudah nampak aspek positif dengan sistem yang mahu dimainkan, bermain dengan pantas dan lebih ke depan. Tetapi baru dua perlawanan, jadi kita tunggu dan lihat apa tindakan yang seterusnya,” kata Wan Jamak.