Sukan

Keputusan Final Terbuka Switzerland

Impian beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk menjuarai Terbuka Switzerland sekali gus meraih gelaran kedua saingan Jelajah Badminton Dunia tidak kesampaian.

Ia selepas pasangan negara itu tewas pada pentas final sebentar tadi di tangan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 18-21, 19-21 dalam tempoh 39 minit.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan gandingan Indonesia itu menang empat daripada lima pertemuan antara mereka.

Kali terakhir beregu Indonesia itu meraih kemenangan ke atas Sze Fei-Izzuddin adalah di Terbuka Taiwan 2019 di mana Fajar-Rian meraih kemenangan 22-20, 21-14.

sumber:- BH

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin sebelum ini melakar sejarah peribadi apabila meraih gelaran sulung dalam saingan Jelajah Badminton Dunia dengan memenangi Terbuka Jerman awal bulan ini.