Sukan

Komen TMJ terhadap Pan Gon

“Beri Kim Pan-gon masa untuk membentuk barisan mantap Harimau Malaya” titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail menyifatkan pengendali dari Korea Selatan itu wajar diberi ruang membentuk skuad kebangsaan bagi mengecapi pencapaian terbaik dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap pemerhati dan peminat tidak harus menilai kemampuan pengendali kelahiran Korea Selatan itu hanya berdasarkan beberapa aksi perlawanan sahaja.

Tunku Ismail yang juga mantan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu percaya Pan-gon mempunyai ramuan yang tepat untuk memacu skuad Harimau Malaya.

Masih terlalu awal untuk menilai, tak boleh membuat penilaian dalam dua ke tiga perlawanan sahaja. Dalam bola sepak ini, kita kena ‘trust the process’.

Saya masa awal ambil alih JDT dahulu tidak menang apa-apa pada tahun pertama, kalah memanjang, dapat seri pun syukur sangat.

“Kita tidak boleh menilai seseorang jurulatih itu dalam satu musim sahaja, sekurang-kurangnya kena bagi dia masa dua musim, bagi dia masa kerana dia tahu apa nak buat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT, di sini hari ini.

Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura pada 22 Mac untuk menghadapi dua perlawanan kelas 1 men3ntang Filipina pada 23 Mac, diikuti Singapura (26 Mac) sebelum bertemu kelab Liga Singapura , Albirex Niigata FC pada 28 Mac.

Aksi persahabatan itu sebagai persiapan untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, Jun ini, di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

Tunku Ismail berkata, pelantikan Pan-gon itu adalah satu langkah yang positif buat Harimau Malaya bagi mengharumkan nama negara.

Beliau turut meletakkan harapan yang tinggi buat jurulatih Korea Selatan dan menjangkakan Pan-gon mampu menjadi individu yang tepat melakukan perubahan kepada pasukan kebangsaan. Tunku Ismail memberitahu, beliau turut memuji dan menyifatkan dia betul-betul menjalankan tugas dengan membuat persiapan terperinci termasuk memantau setiap pemain dalam negara.

Kali ini akan berbeza, apabila saya tengok struktur mereka yang ditunjukkan pada saya, amat positif kerana lebih kurang sama dengan struktur kita di sini.

“Sebelum ini tidak ada, tetapi sekarang sudah betul-betul ada perancangan, mempunyai pasukan perubatan dan betul-betul menilai setiap pemain dalam negara, ini perkembangan yang baik.

sumber;- HM

“Dia (Pan-gon) ada menceritakan hasratnya dan saya turut menasihatkannya untuk berjaga-jaga kerana saya adalah ‘tangan ghaib’,” ujarnya.