Sukan

Itu tak penting bagi saya — Safiq Rahim

Bekas kapten skuad negara, Safiq Rahim langsung tidak memikirkan soal lilitan lengan sebaliknya kepulangan semula adalah atas dasar tanggungjawab bersama Harimau Malaya.

Safiq, 34, yang kali terakhir memimpin pasukan selaku kapten lima tahun lalu mengakui teruja dapat kembali menabur bakti bersama pasukan negara.

Begitupun, dia tidak meletakkan harapan untuk merampas kembali status itu apabila menyifatkan 29 pemain lain turut mempunyai kelebihan dilantik sebagai kapten.

Itu tak penting (dilantik kapten) bagi saya, sesiapa saja pun macam saya cakap sebelum iniā€¦ saya rasa daripada karier saya untuk bermain dalam pasukan kebangsaan, bukan itu tujuannya.

Siapa saja yang diberikan tanggungjawab itu berikan yang terbaik dan semua ada kelebihan pemain-pemain dalam pasukan ini, semua ada tanggungjawab dan kita adalah sebagai satu pasukan.

Kita tahu apa yang perlu dilakukan, apa sebenarnya kita punya tujuan untuk pasukan negara dan saya harap rakan-rakan akan beri yang terbaik untuk pasukan.

“Insya Allah siapa yang dipilih berikan terbaik kerana kita semua ada tanggungjawab yang besar untuk pasukan negara,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir Safiq menyarung jersi Harimau Malaya adalah pada Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsung pada 2017 lalu.

Aksi terakhir pemain Johor Darul Ta’zim itu bersama pasukan negara adalah ketika pasukan negara tewas 0-2 di tangan Hong Kong di mana secara kebetulan Kim Pan-gon adalah jurulatih negara itu.

sumber:- HM

Malah, dalam perlawanan terbabit juga, Safiq dilayangkan kad merah kerana mem!jak pemain Hong Kong, Daniel Cancela ketika cuba mendapatkan bola.