Sukan

Tiga trio sedia bedal Sabah

Rangkaian tiga trio di jentera depan iaitu Darren Lok, S Kumaahran dan Mahali Jasuli terus diletakkan sebagai pengg3mpur kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) untuk mengekalkan momentum kemenangan bertemu Sabah FC di Stadium Likas, malam esok.

Pengurus pasukan K Rajendran berkata, walaupun bertandang ke tempat lawan, PJ City mampu mencatatkan keputusan positif apabila barisan pemain mempamerkan aksi terbaik mereka seperti ketika bertemu Melaka United tempoh hari.

Beliau berkata, kemungkinan jurulatih PJ City, P Maniam tidak akan melakukan perubahan besar terhadap barisan pemain dengan rata-rata berada pada tahap terbaik untuk beraksi.

Kami optimis mampu mengekalkan kemenangan dengan syarat barisan pemain mengikut segala perancangan ditetapkan oleh jurulatih dan tidak melakukan kesilapan mudah.

“Barisan pemain utama tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka bersedia untuk diturunkan kelak,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sementara itu, pengendali Sarawak United B. Sathianathan mahu anak buahnya tidak mudah goyah apabila bertemu juara lapan kali Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

“Apa yang saya nak adalah pasukan berikan yang terbaik nanti. Untuk bentuk pasukan bukanlah dalam tempoh singkat namun paling penting adalah semangat melawan dan sentiasa komited di atas padang dipamerkan oleh pemain,” katanya.

Selain itu, Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak berkata, beliau mungkin akan melakukan perubahan terhadap barisan pemainnya ketika bertemu juara Piala Malaysia 2021 Kuala Lumpur City FC.

Saya boleh katakan Kuala Lumpur bukan pasukan yang boleh dipandang mudah untuk ditundukkan walaupun kita beraksi di gelanggang sendiri.

“Perkara penting adalah perbaiki kelemahan dan melakukan perubahan terhadap barisan pemain untuk memberi ‘kesegaran’ dalam pasukan,” katanya.

Saingan Liga Super malam esok bakal menyaksikan perlawanan membabitkan Sabah FC-PJ City FC di Stadium Likas manakala dua lagi perlawanan lain ialah Johor Darul Ta’zim dan Sarawak United FC (Stadium Sultan Ibrahim) serta Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC (Stadium Darul Aman).

sumber:- HM

Perlawanan membabitkan Terengganu FC menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,Kuala Terengganu, terpaksa ditunda berikutan terdapat pemain p0sitif C0vid-19.