Sukan

Syafik kecewa tidak dapat bantu

Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Muhammad Syafik Ismail mengakui tak sabar melakukan penampilan sulung bersama skuad Penyu itu dalam kancah Liga Super musim ini.

Bagaimanapun Syafik yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) musim lalu mungkin terpaksa menunggu lebih lama lagi selepas dia diuji positif C0vid-19 bermula 3 Mac lalu memaksanya dikuarant!n selama tujuh hari.

Rabu ini skuad kendalian Nafuzi Zain itu bakal membuat penampilan sulung Liga Super bertemu Negeri Sembilan selepas aksi pertama menentang Sri Pahang FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, semalam terpaksa ditangguhkan berikutan ramai pemain dan pegawai skuad Tok Gajah itu didapati positif C0vid-19.

Memang saya sudah tidak sabar untuk beraksi lebih-lebih lagi selepas kembali ‘dinaikkan pangkat’ bersama pasukan utama musim ini.

Agak sedih juga kerana tidak dapat turun ke padang, namun takdir sudah menentukan saya perlu berehat lagi selepas diuji positif wabak pandemik itu sebelum pertemuan dengan Sri Pahang FC.

Kita hanya merancang selebihnya kita serah kepada Allah, apapun saya bersyukur kerana hanya mengalami gejala batuk selain setakat ini tidak berlaku kec3deraan yang memaksa berehat lebih lama,” kata Syafik atau lebih mesra dipanggil ‘Kacang’.

Selain anak kelahiran kampung Kubu, Marang itu yang pernah menjalani latihan bersama pemain profesional di Old Trafford, Manchester United ketika menyertai Program Mencari Ramli pada 2016, tiga rakan sepasukannya turut positif w@bak itu.

Mungkin ini ujian kepada saya dan rakan sepasukan, bagaimanapun saya mengharapkan wabak pandemik ini tidak merebak kepada rakan sepasukan yang mungkin perlawanan terpaksa ditunda lagi jika ramai pemain dijangk!ti w@bak itu.

“Saya mengingatkan diri dan rakan-rakan agar terus meningkatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar w@bak ini dapat dibendung seberapa segera,” katanya mengharapkan doa seluruh peminat agar dia dan pemain yang dijangk!ti w@bak itu segera sembuh.

sumber:- HM

Selain pemain skuad utama, empat pemain skuad ‘adik’, Terengganu FC II (TFC II) dan ketua jurulatih skuad The