Sukan

Pengendali Selangor FC berang

‘Mana cukup masa tambahan empat minit!’

Itu rungutan daripada pengendali Selangor FC (SFC, Michael Feichtenbeiner yang berpendapat masa tambahan yang diperuntukkan pada aksi tetangga atau ‘Derby’ Lembah Klang men3ntang KL City FC sepatutnya lebih panjang selepas pasukan lawan melengah-lengahkan perlawanan.

Jurulatih dari Jerman itu turut mengakui betapa dia tidak menggemari pendekatan skuad Warga Kota itu apabila dilihat sengaja melambat-lambatkan permainan ketika mendahului perlawanan sebelum SFC tampil dengan gol penyamaan.

Kami adalah pasukan yang lebih baik kerana mencipta lebih banyak peluang tetapi kita tewas pada babak kedua kerana KL City FC menjaringkan gol ketiga.

Kemudian mereka bertahan dan melengah-lengahkan perlawanan. Saya tidak gemar sikap seperti ini. Tetapi mereka boleh bermain seperti itu kerana mereka sedang mendahului. Jadi kami layak untuk mendapatkan gol penyamaan.

Mentaliti kita adalah sentiasa mahukan kemenangan dan berjuang sehingga minit ke-90 ataupun minit ke-95. Cuma sayangnya hari ini (kelmarin) sehingga minit ke-94 dan hanya empat minit masa tambahan selepas perlawanan dilengahkan.

“Satu-satunya cara untuk kita mengubah sikap seperti ini adalah pengadil perlu memberikan masa tambahan 10 minit kepada kami. Perkara seperti ini berlaku di banyak negara tetapi di sini, selepas pasukan lawan mendahului, secara tiba-tiba ada pemain yang mengalami kecederaan,” katanya.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, kedua-dua pasukan saling mengejar dan mendahului dalam tempoh 90 minit perlawanan sebelum terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila terikat 3-3.

Mengulas lanjut mengenai aksi anak buahnya, Feichtenbeiner menegaskan tidak mudah untuk menentang pasukan yang kehilangan seorang pemain memandangkan mereka akan lebih banyak ‘mengunci’ ruang buat pemain lawan.

Kita seharusnya menang apabila menjaringkan tiga gol pada perlawanan di tempat lawan. Jadi saya tidak gembira dengan keputusan ini. Kita perlu menambahbaik pertahanan kita supaya kita ada peluang untuk berada pada kedudukan yang lebih baik.

sumber:- HJM

“Secara jujurnya, tidak mudah bermain walaupun kita ada kelebihan seorang pemain. Selepas kehilangan pemain, mereka bermain dengan mudah menerusi hantaran panjang.Kita mencipta beberapa peluang dan dengan peluang terbaik yang kita ada, kita sepatutnya menjaringkan gol keempat,” katanya.