Sukan

Gergasi Liga Malaysia terpaksa kongsi mata

Dua pasukan Lembah Klang, Kuala Lumpur City (KL City) dan Selangor FC jelas sama liat apabila terikat 3-3 dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.

Dalam aksi yang terpaksa bermula lewat akibat hvjan, Selangor terlebih dahulu berada di depan selepas bola tandukan Hyuri Henrique ditampan pertahanan KL City, Irfan Zakaria sebelum menerjah gawang pada minit ke-18.

Namun, kelebihan dimiliki The Red Giants terpadam hanya seminit selepas itu apabila rembatan jarak jauh pemain tengah KL City, Zhafri Yahya berjaya menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Selangor bagaimanapun kembali di depan pada minit ke-27 hasil sepakan penalti Herlison Caion selepas dia dijatuhkan Kenny Pallraj.

Kedudukan itu berubah lagi apabila Hadin Azman menanduk masuk bola hantaran kapten pasukan, Paulo Josue pada minit ke-32 untuk KL City sekali lagi menyamakan kedudukan.

Perlawanan terus rancak dengan giliran skuad City Boys pula berada di depan hanya lima minit selepas bersambung babak kedua hasil jaringan Ryan Lambert.

Malang menimpa KL City pada minit ke-73 apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan Giancarlo Gallifuoco dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua kerana mengasai Safuwan Baharudin.

sumber:- BH

Malah, Selangor lebih bernasib baik apabila sekali lagi mendapat sepakan penalti pada minit ke-78 selepas bola terkena tangan Irfan dan peluang itu tidak disia-siakan Caion untuk mel3dak gol penyamaan Selangor yang menyaksikan keputusan itu kekal hingga wisel penamat.