Ralf Rangnick berkata kebangkitan Manchester United selepas sekali lagi mempersia-siakan kelebihan pada babak pertama men3ntang Leeds sebelum menang 4-2 adalah “jawapan terbaik” terhadap laporan mengatakan wujud masalah dalam bilik persalinan.

Laporan mengatakan Cristiano Ronaldo dijangka akan menggantikan Harry Maguire sebagai kapten United untuk baki musim ini disifatkan “mengarut” oleh Rangnick minggu lalu.

Maguire membalas dengan gol pembukaan pada minit ke-34 sebelum Bruno Fernandes menambah gol kedua pada penghujung babak pertama.

United sekali lagi dihukum kerana permulaan perlahan pada babak kedua apabila jaringan Rodrigo dan pemain gantian, Raphinha menyamakan kedudukan buat Leeds.

Kali ini United bangkit dan menemui gol kemenangan apabila Fred mel3dak 20 minit sebelum tamat dan Anthony Elanga mengesahkan tiga mata penuh tidak lama selepas itu.

“Hari ini penting bukan hanya kerana kami menang perlawanan tetapi cara kami membalas. Ia jawapan terbaik boleh diberikan pasukan,” kata Rangnick.

sumber:- BH

“Perlawanan seperti hari ini hanya boleh dimenangi sebagai sebuah pasukan.” – AFP