Sukan

Nasib Malang menimpa Malaysia menjelang perlawanan malam ini

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan hanya 16 pemain skuad bawah 23 (B-23) tahun negara yang dapat diturunkan men3ntang Laos pada aksi Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, malam ini.

Badan induk itu bagaimanapun tidak menyatakan sebabnya, namun ia sudah pasti berkaitan pand3mik dengan C0VID-19 selepas skuad kendalian Brad Maloney melakukan ujianĀ  (ART), pagi tadi.

Menurut kenyataan FAM menerusi hantaran pada akaun Facebook miliknya sebentar tadi, beberapa pemain lagi masih menunggu keputusan ujian berkenaan daripada Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).

Menerusi keputusan ART itu pagi tadi, skuad B-23 kebangsaan akan kehilangan khidmat beberapa pemain utama untuk perlawanan kedua men3ntang Laos, malam ini.

Dengan peningkatan jumlah kes p0sitif yang membimbangkan di dalam pasukan di Phnom Penh, Kemboja, k3sihatan serta keselamatan pegawai dan pemain terus menjadi keutamaan FAM.

“Namun begitu, demi semangat kesukanan, Harimau Malaya B-23 tetap akan turun mengharungi perlawanan kedua men3ntang Laos, malam ini dan akan berjuang sehabis baik demi negara meskipun berdepan rintangan C0VID-19,” kata FAM dalam kenyataan berkenaan.

Perkembangan itu pasti menjadi tamparan hebat buat Maloney dalam menurunkan barisan terkuat ketika skuadnya berdepan aksi hidvp mat! di pentas Kejuaraan B-23 AFF.

Skuad negara memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 untuk mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B selepas tewas 1-2 di tangan Laos pada aksi pertama, Jumaat lalu.

sumber:- BH

Sabtu lalu, FAM sudah mengesahkan tiga pemain termasuk Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T Saravanan serta penolong jurulatih, Khan Hung Meng disahkan p0sitif C0VID-19.