sukan

Komen pengendali Kelantan Darul Naim hasil VAR

Pengendali Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Rezal Zambery Yahya, percaya teknologi video bantuan pengadil (VAR) mampu memacu perlawanan yang lebih menarik.

Perkenalan VAR pada musim ini bakal membawa lembaran baru kepada Liga Malaysia (Liga-M) untuk pengadilan yang semakin bermutu.Semalam, KDN dikurniakan sepakan penalti yang gagal disempurnakan Valdumar August selepas VAR diselidik.

“Satu perlawanan yang baik, penggunaan VAR penting dan adil buat kedua-dua pasukan.
“Kami dapat sepakan penalti pun hasil daripada VAR, nampak penambaikan liga kita dengan perkenalan VAR,” katanya selepas pertemuan ujian di Stadium Sultan Muhammed IV, malam tadi.

Penolong jurulatih Tok Gajah, Datuk Ahmad Yusof, juga tidak membantah apabila pemain import, Manuel Hidalgo, dilayangkan kad merah di penghujung separuh masa pertama.

“Pengadil telah buat keputusan dan ia terhasil daripada VAR,” katanya.Dalam masa sama, Ahmad mengakui corak permainan anak buahnya agak kelam kabut selepas diberi tentangan hebat oleh KDN.

“Kami akan perbaiki persembahan untuk berjumpa Terengganu pada Sabtu ini,” tambahnya.Rezal Zambery juga berazam mencari formula untuk memperkemas corak permainan skuad Kijang Emas terutama bahagian serangan yang melepaskan banyak peluang pada malam tadi.

sumber:- SA

“Ini perlawanan kedua kami dalam pramusim, objektif kami ialah mencari keserasian antara pemain.”Saya nampak ada kesungguhan, pemain cipta peluang cuma tidak manfaatkannya dalam jaringan. Itu penyebab perbezaan pada malam ini,” katanya.