Skuad negara tidak perlu mengeluarkan peluh pada aksi pertama Kejohanan Bawah 23 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 (B-23), jam 5 petang tadi selepas Myanmar menarik diri daripada kejohanan itu. Penarikan diri itu dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) berikutan komplikasi C0VID-19 yang melanda pasukan Velizar Popov.

Perkembangan itu diumumkan Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam satu kenyataan, hari ini. Dukacita dimaklumkan pasukan Myanmar terpaksa menarik diri daripada Kejohanan B-23 AFF 2022.

Kami difahamkan pasukan sememangnya tidak sabar untuk memulakan kempen dan peminat juga tidak sabar untuk melihat pasukan masing-masing. Bagaimanapun, atas dasar kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat, kami memahami keputusan yang perlu diambil.

Kami berdoa mereka yang dijangkiti dapat pvlih dengan segera,” kata Khiev Sameth. Pasukan itu sentiasa menjalani ujian sebelum dan selepas ujian di Kemboja tetapi berikutan kes positif C0VID-19 yang dilaporkan dalam kalangan pemain, penarikan diri terpaksa dibuat untuk mengurangkan risiko jangk!tan.

sumber:- BH

Pemain dan pegawai yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat turut diletakkan dalam pengasingan bagi tujuan pemerhatian. Pasukan itu sepatutnya berdepan Malaysia pada perlawanan pertama Kumpulan B, petang ini. Berikutan penarikan kakitangan kejurulatihan Popov, perlawanan itu dibatalkan.