Paul Ince persoal langkah Manchester United untuk menandatangani Cristiano Ronaldo, daripada cuba mendapatkan Erling Haaland.
Ikon Red D3vils Ronaldo, 37, kembali ke Old Trafford dari Juventus pada Ogos, tetapi bintang Portugal itu gagal membawa perubahan kepada Manchester United dan anak buah Ralf Rangnick mengalami musim terburuk dalam sejarah kelab itu.
Haaland s3nsasi Dortmund telah lama berada dalam radar United, dan mereka berjaya mendapatkannya pada musim panas lalu jika mereka membelanjakan lebih banyak di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
“Apabila Ole mengambil alih pasukan matlamatnya adalah untuk membentuk skuad muda, tetapi mereka tiba-tiba membawa masuk pemain berusia 37 tahun itu. Mengapa anda tidak mendapatkan Haaland? Anda tidak perlukan Ronaldo, tetapi hanya kerana dia pergi ke Manchester City.
Pada mulanya ia bagus kerana tanpa Ronaldo mereka akan tersingkir dari Liga Juara-Juara. Mereka merasakan ia bagus untuk kelab dan pemain muda. “Tetapi baru-baru ini tindakannya menceroboh bilik persalinan, memandang rendah peminat, merungut – ini bukan contoh yang baik. “Saya juga sering kecewa, tetapi anda perlu membuangnya di dalam rumah, bukan di hadapan peminat dan kamera,” kata Ince.
Ronaldo menjaringkan 14 gol menjelang tahun baharu, tetapi dia menjaringkan gol dalam enam penampilan terakhirnya – tempoh paling lama sejak dia tidak menjaringkan tujuh gol untuk United pada musim 2008-09. “Dia mementingkan diri sendiri – Ronaldo adalah mengenai Ronaldo.
Jika dia tidak menjaringkan gol, dia tidak akan gembira. “Kita boleh lihat ketika di Juventus, apabila dia meninggalkan kelab, Giorgio Chiellini berkata mereka boleh menjadi keluarga semula.
sumber: – BH
“Ia sepatutnya mengenai Manchester United dan pasukan, tetapi tumpuan kini kepada Ronaldo,” kata bekas pemain United itu. – AGENSI