Sukan

Kami mampu buat lebih baik walaupun tanpa dia

Ketiadaan tonggak tengah berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal langsung tidak merencatkan permainan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara menjelang Kejuaraan AFF B-24 di Phnom Penh, Kemboja dari 14-26 Februari ini.

Perkara itu diakui striker utama negara, Nur Azfar Fikri Azhar yang menganggap ketiadaan Kuzri tidak akan menjejaskan persiapan skuad kendalian Brad Maloney itu.

Katanya, sememangnya pengalaman dimiliki adik kepada Wan Kuzain itu diharapkan namun dia dan rakan-rakan perlu mengharunginya tanpa kehadiran pemain tengah yang beraksi untuk pasukan Akron Zips di Liga Universiti di menara ‘Uncle Sam’ itu.

Sekarang ini persediaan pasukan dalam 80 peratus, semua tunjuk perkembangan positif sejak hari pertama latihan pada 27 Januari lepas. Nak cakap ketiadaan Wan Kuzri beri impak besar tiada lah sangat. Saya rasa kami semua mampu buat lebih baik walaupun tanpa dia. Rakan sepasukan lain ketika ini memiliki keyakinan tinggi.

Tak mengapa. Apa yang kita ada (pemain) sekarang ini kita jalan sahajalah, semua pemain tengah bersedia, kata pemain muda Terengganu FC II itu.

Semalam, Maloney mengesahkan terpaksa menggugurkan Kuzri atas alasan pemain itu perlu menyelesaikan beberapa urusan peribadi.

Di Kemboja nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan akan memulakan kempen men3ntang Myanmar di Stadium Prince pada 15 Febuari ini.

Anak buah Maloney kemudian akan bertemu Laos pada 18 Februari di venue sama sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi berdepan Indonesia di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Februari.

sumber:- HM

Tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Februari.