Sukan

Syahrul Azwari teruja dapat kembali

Striker Melaka United (MU), Syahrul Azwari Ibrahim mengakui teruja kembali menyertai pasukan terbabit selepas pernah menyarung jersi skuad Hang Tuah musim 2018.

Baginya, kehadiran bersama pasukan berkenaan kali ini pastinya untuk memenuhi misi membantu kecemerlangan skuad Hijau Putih yang menaruh kepercayaan kepadanya untuk merekod kejayaan gemilang.

Untuk individu saya pastinya mahu mengembalikan prestasi terbaik yang pernah saya miliki termasuk ketika bersama pasukan Harimau Muda A dan B satu ketika dahulu.

“Dalam masa sama saya mahu memperolehi sebanyak mungkin minit permainan kerana ia penting dalam membentuk keyakinan dan menterjemah semula kemahiran yang di miliki,” katanya.

Menurutnya, untuk pasukan dia sememangnya mengharapkan Melaka mampu menjadi antara pasukan pencabar dalam saingan liga, Piala FA mahupun Piala Malaysia.

sumber:- HM

Malah berdasarkan pemain yang dimiliki skuad berkenaan kali ini dia yakin pasukan berkenaan akan lebih menyerlah dan mampu memenuhi sasaran pihak pengurusan kelab berkenaan.