Sukan

Sah dilantik jurulatih Malaysia

Jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon, telah diamanahkan untuk mengetuai pasukan bola sepak kebangsaan.

Pelantikan pakar taktikal berusia 52 tahun itu, yang menghabiskan sebahagian besar karier kejurulatihannya menguruskan pasukan Hong Kong, disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin, sebentar tadi

sumber:- SA

Kim dijangka tiba di Malaysia bersama kakitangan kejurulatihannya sendiri pada bulan depan.Kerusi jurulatih Harimau Malaya kosong susulan peletakan jawatan Tan Cheng Hoe selepas Malaysia tersingkir awal dalam Piala AFF 2020, bulan lalu.