Sukan

Striker Import baharu bukan calang-calang

Striker import dari Jordan, Mahmoud Za’tara sah menyarung jersi skuad Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkembangan itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook Sri Pahang FC hari ini, sekali gus penyerang berusia 30 tahun itu akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan striker import dari Australia, Kenny Athiu musim lalu.

Berdasarkan pengalaman Za’tara, penyerang itu pernah membantu Al-Wehdat muncul naib juara Jordanian Pro League serta Piala Super Jordan 2021.

Za’tara juga pernah menyarung jersi beberapa kelab di negara Timur Tengah seperti Oman, Qatar, Kuwait dan Bahrain selain berpengalaman beraksi di saingan Piala AFC dan kelayakan Liga Juara-Juara Asia.

Kali pertama berhijrah ke Asia Tenggara, Za’tara yang turut mempunyai kap bersama skuad kebangsaan Jordan sudah bersedia mempertaruhkan pengalaman luasnya untuk mengg3gar bersama Sri Pahang.

Dengan pengumuman itu, Sri Pahang kini memiliki dua pemain import, termasuk bekas pemain pasukan remaja kebangsaan Perancis, Johan Martial yang juga pemain pertahanan tengah berketinggian 1.84 meter.

sumber:- BH

Sementara itu, pertahanan berdarah kacukan Malaysia-England, Nick Swirad kekal bersama Sri Pahang.