Sukan

Dion Cools sahkan perpindahan

Jika ‘saingan tetangga Thai’ dapat disaksikan di Liga Jepun, kini ‘saingan tetangga Malaysia’ mungkin dapat disajikan dalam Liga Belgium pada musim ini.

Ini selepas seorang lagi pemain kebangsaan, Dion Cools sah menyertai Zulte Waregem yang beraksi dalam liga berkenaan secara pinjaman daripada kelab Denmark, Midtjylland sehingga penghujung musim ini.

Dengan penyertaan pertahanan berusia 25 tahun itu di Liga Belgium, ini mencetuskan prospek pert3mbungan dengan seorang lagi pemain kebangsaan yang beraksi di sana iaitu Luqman Hakim Shamsudin yang mewakili KV Kortrijk.

Saya melihat diri saya sebagai bek kanan moden yang suka membantu pasukan ketika bertahan dan meny3rang. Pasukan ini kontemporari dan walaupun tidak mencatat keputusan yang baik kebelakangan ini, namun mereka sentiasa berusaha keras untuk mencapai cita cita.

“Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada cita cita mereka,” kata Cools.

Sementara itu, pengurus Zulte Waregem, Eddy Cordier mahu pertahanan itu bersedia sepenuhnya memandangkan khidmatnya akan terus ditagih.

sumber:- BNH

“Semua pemain yang direkrut perlu bersedia untuk diturunkan serta merta. Dia tahu mengenai pertandingan ini dan bersedia 100 peratus secara fizikal serta mental. Kehadirannya amat penting untuk memperkukuh bahagian pertahanan kita,” katanya.